Permata

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

31 Mac

Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

PANDUAN MENGAJAR


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

Pengaruh dan Peranan Televisyen dalam Pendidikan Anak-Anak

Dulu, saya tak ingat bila, saya bershopping di Tesco dan terjumpa buku Peter and Jane. Saya belek dan dapati ianya menarik juga untuk kanak-kanak baru mengenal huruf. Saya pun beli buku '1a' dan buku '1b' memandangkan anak saya ABC pun pada waktu itu baru dapat menghafalnya sampai habis.
Untuk pengetahuan, saya tak mengajarnya ABC, dia yang menghafal dan mengenalnya sendiri melalui Video CD yang dilihatnya setiap hari (VCD Barney n Friends dan lain-lain). Cuma saya selalu ikut menyanyi lagu ABCnya kalau dia menyanyikannya ketika bermain bersama. Yang menyeronokkan saya, pada suatu hari anak saya sedang membelek buku Peter n Jane unit ’Ia’ dan membacanya dengan lancar!

Alhamdulillah, dia dah boleh baca buku Peter n Jane unit asasnya iaitu '1a' sampai habis. Unit ‘1b’ pun boleh tapi agak tersekat di tengah buku kerana ianya sudah bermula perkataan yang panjang dan agak susah. Yang boleh saya kongsikan adalah, saya belikan VCD lagu mengenal huruf kaedah phonic untuk ditontonnya. VCD ni tak dapat di kedai jual CD/VCD biasa. Terbitan Al Amin Serve. Ada banyak VCDnya. Tapi saya cuma beli unit asas. Saya juga membeli set VCD readeasy phonics dengan set 6 bukunya yang harga tak sampai RM50.

Apa yang ada ditonton di VCD dan apa yang di dalam buku adalah sama gambar dan hurufnya menyebabkan anak saya suka menyelak buku dan membacanya. Kita juga perlu rajin kalau pergi mana-mana tu contohnya selepas anak saya sudah mengenal huruf, jika saya memandu dan nampak signboard TESCO, saya akan tunjuk dan tanya dia huruf apa yang ada dan apa bunyinya dalam perkataan tersebut. Kalau nampak perkataan yang mudah dalam title akhbar yang tulis besar-besar yang sedang kita baca, kongsikan dengan dia. Apa pun, saya rasa bersyukur menjadi ibu zaman sekarang.. Ajar anak pakai TV dan radio paling banyak.

Dari mengenal ABC sampailah dia boleh membaca. Boleh disimpulkan TV dan radio ni pembantu peribadi sayalah. Bukan sahaja mengajar anak saya membaca Quran sebelum umur 3 tahun, malah membaca bahasa Inggeris juga. TV memang boleh menjadi pembantu ibu bapa yang baik sebagaimana dia boleh menjadi musuh ibubapa yang teruk kerana boleh memasukkan unsur negatif pada anak kita. Terpulang kepada cara kita menggunakannya. Pernah saya lihat di kedai barangan runcit di sebuah stesen mengisi minyak seorang kanak-kanak menangis menjerit mahu ibunya membelikan 'sesuatu' yang selalu diiklankan di TV.

Anak saya yang berumur 3 tahun pula cuma melihat dan bertanya 'What is in that thing mama?' Anak saya tak tahu pun makanan itu adalah junk food yang di sukai kanak-kanak zaman sekarang kerana tak pernah melihatnya di TV seperti kanak-kanak lain. Bukankah ini buktinya TV boleh menyusahkan diri kita sendiri bila anak-anak jadi begitu? Seperti yang telah saya perkatakan dibawah, saya akan mendedahkan anak-anak saya pada dunia sebenar televisyen.

Tetapi setelah roh al quran di serapkan dalam hati mereka. Maka dengan itu fokus saya adalah untuk pendidikan alqurannya. Mudah-mudahan anak sulung saya dapat menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 4 tahun. Bila otaknya sudah terlatih, saya yakin pelajaran duniawi akan menyusul mudah sahaja untuk dia samada membaca Bahasa Inggeris, Malaysia, Matematik, Sains dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

 

Aina Aleesya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez