Permata

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

swimming bestnyer

Wah..wah...wah....masuk kali nie dah 3 kali aina aleesya masuk kolam renang...sungguh teruja tengok aina beraksi dalam kolam, entah berapa kali dia tertelan air n tenggelam but dia steady jer tngok sebab nyer bila ajak naik mengelupur nk turun sesajer, sambung lagi berendam. Dulu bukan main fobia tengok pelampung la nie pelampong lah permainan dia atas darat.

Meh layan..jap

Meh layan gambar cute Aina Aleesya


Wah dah dapat ape tuh la pulak...



Habis la bila dah dapat handphone ayah dia...habis ditekan-tekan




Tudung nie dia sendiri yang mintak suruh pakai peh tuh beria bagi camera kat ayah suh amik gambar dia


Aina Aleesya ceria nyer dia

Aina Aleesya sangat gemar meng explore

Sudahhhhh...dia dah dapat habuan dia ...............


Apa yang kusyuk sangat tu....
Waduh tak habih lagi gobek purse mama


' ngeh ngeh dapat dah mama I got that..... aina nak g shoping...

'Jangan risau ade lagi nie...'

' Macam-macam ada...."



'''Mama tak marah kan...
?
""" Ok saya dah tak main purse mama"""
"""Yu hu....

Tak dapat purse bateri nie pun jadi la...













Inovasi dalam kepelbagaian minum susu

Saje mama nk wat entry pasal susu aina, nanti senang mama nak rujuk kat sini. Kira macam promotion percuma kirenyer nie...sebelum nie Aina diperkenalkan dengan susu soya NURSOY disebabkan susu nie amat sukar nak cari,jarang pasaraya nak jual susu nie..ade tu ade tapi tak semua...ade dan dia hanya ade 400g yang lagi besar tak de dah check dengan dealer memang kilang keluar paling besar 400g. Tu yang fikir banyak kali untuk teruskan ker or stop.

So decide punya decide hmmm...kene tukar. Risau gak sebab dia dah biasa dengan susu tuh kang kalau tukar2 kang nanti dia tak nak minum pulak..kali nie nekad sebab susu tin kecik tuh tak sampai seminggu dah habis..so setelah g servey2 jumpa susu berasaskan soya nama dia Mamex Gold.

try bagi minum alhamdullilah dia nak pulak minum..n dia nampaknyer suka rasa dia..settle problem mama...susu baru aina nie ade yang hok tin besar 900++ g..n banyak pasaraya ade jual so lega laa...


w/p sebenarnyer rasa sedih menyelinap..sepatutnyer aina tak perlu minum susu tambahan tapi nak buat macam mane...rezeki susu ibu aina tak de...

Cirit Birit & Muntah2


Cian cayang mama pagi nie..muntah2 n cirit birit kul pulak dari 1-4 pagi
Tapi tido siap senyum ......masa nie dah lega2 sebab dah kuar suma...
Aina makan ape sayang siang tadi....Aina Aleesya tabah yerrr...
Mama perati masa balik dari kerja Aina macam kurang bermaya..

Shopping kat SuperMarket

Seronok nyer dia dapat shopping duk lam troli...oTw nak beraya kat damansara umah ofismate husband....singgah sat tesco beli barang kit..
..

Dengan Bear



Dengan bear yang pada mula dia takut...



Tapi See.....siap posing maut lagi......

Bila perati ari2 tau dah kenapa dia takut dengan patung rupanyer..MIL tu bila nampak patung dia akan kate " Namti dia gigit kang' maka terjawap la kenapa Aina Aleesya takut menangis dan lari bila nampak patung cth bear etc - Tapi mama dah berjaya familiar kan balik dia dengan patung see sekarang nie dia dah tak takut dah BEAR - Siap nak buat operation lagi kat bear tuh...huhu,.

Sonok dengan Bendera MERDEKA nyer

Memang suka sangat main dengan bendera - dikibar-kibar tanpa henti satu lagi kalau dah dapat remote TV kat tangan memang dia tak akan lepas ---setelah screen tv kaler biru baru dia serah balik kat kite suh betulkan chanel astro tuh....

Terujanyer...

terujanyer....
Lama betul tidak menulis di blog nie, banyak sebenarnya hendak dikongsikan tetapi disebabkan ketiadaan mood menulis menyebabkan hasrat tergendala.

Banyak perubahan yang telah berlaku terutama pada perkembangan diri aku yang dah masuk penghujung trimester ke- 2, kadar penyusuan Aina Aleesya, keletah Aina Aleesya perkembangan yang sentiasa ada sahaja akal yang dia nak dibuat. Biasalah budak yang tengah membesar sentiasa ingin explore mende-mende baru menyebabkan kita kadang-kadang rasa kagum rasa kebesaran Allah tuh Wah...cukup kita rasa Ya Allah bersyukurnya dengan nikmat yang Allah kurniakan kat kita berbanding dengan orang lain.

Melihat perkembangan anak yang meningkat 14 bulan, cukup teruja dan tak sabar meniti hari dengan perubahan dan keletah2 anak Al maklum la anak baru sorang . W/pun Keadaan aku yang agak teruk sensitif nyer berbanding masa mengandungkan Aina Aleesya dulu, sekarang nie kandungan telah dah masuk 6 bulan,sepatutnya aku dah senang tiada alahan tetapi sehingga sekarang masih mengalaminya, kadang2 menyekat kerja2 aku,apa yang ketara aku sentiasa murung --- mujurlah ada suami yang memahami dan banyak membantu selama ini.

Betul lah kata orang setiap anak tuh tak sama. Itulah yang aku alami sekarang. Apa pun aku tetap bersyukur.

Sekarang berat mama pun dah mencapai 71 Kg dari 63Kg penyusuan Aina tidak sekerap semasa sebelum-sebelum nie, alhamdullilah dia telah di berikan susu soya sebagai tambahan makanan pelengkap zat yang diperlukan. Cuma yang menyedihkan hasrat aku untuk tidak memperkenalkan garam dan gula kepada Aina Aleesya amat mengecewakan dan tidak mendapat sambutan dan kerjasama. Mungkin ketidakfahaman tentang kaedah pemakanan baby - my MIL - (malas nak kecik kan hati dia) so setakat nie aku buat diam nak buat cam ner. Aina Aleesya dah tak mengikut cara pemakanan yang aku inginkan. Sabar jer la midah...

Aina bertanda

Cerita ini bermula di hari Mak Su si Aina masuk wad. Nenek aina terpaksa menemankan Mak Su Aina nie di hospital. So mama pun terpaksa Emergency cuti. Sebab Aina tiada orang yang nak menjaganyer....Pukul 12 tengah malam ayah dan nenek terpaksa bergegas ke hospital manakala mama dengan Aina dan atuk tinggal kat uma. Maka bermula la untuk melayan kerenah aina yang telah pandai ke hulu hilir tak senang mama nak buat kerja uma ( Memasak) tak boleh lepa mama ilang dari pandangan melalak sajer kerja dia....So untuk buat breakfast untuk atuk, mama pun dengan tegar nyer buatla bf buat nasi goreng tu pun atuk tak makan tapi yang menjadi mangsa keadaan adalah aina sayang mama tuh...la..rasa sedih sangat dan rasa bersalah sangat

Alhamdullilah Aina dah OK

Apa nak bagitau berita gembira macam dapat ape tah hehehe..bukan ape balik-balik bila tengok Aina Aleesya terubat rindu lebih-lebih lagi bila ruam dia dah semakin berkurang. Elok pulak dia hari nie tak lasak-lasak sangat. Mama suruh ayah buat sedikit research pasal kenyataan Mak mentua pasal untuk stopkan breastfeed Aina Aleesya. Mama Cakap pun bukan ayah nak dengar sangat. Bila Ayah dah research dan call minta nasihat kat perunding laktasi tuh. baru la Ayah bagitau mama apa result yang ayah dapat. Mama memang dah tahu lama dah, memang meneruskan penyusuan ini sebenarnya ok tiada masalah mama pun tak tahu apa yang nak di risaukan pasal semua tuh.....tapi mama tak nak sampai berperang besar pasal mende yang remeh temeh nie..

Ruam

Hai...berkenaan cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan cayang mama nie ada keluar merah mcm ruam kat leher dia. Ala cian dia .... Banyak clinic dah dok pegi tapi satu ubat pun mcm tak serasilah.. last-last pegi jugak clinic yang bukan panel kami. KLINIK CHANG kat area uma kami. Pagi tapi baru nampak ada kurang sikit ruam-ruam tu. Nanti bila mama balik kerja kang harap-harap dah makin kurang baru la tak risau hati mama dan ayah.

Hari yang membuat kan mama tersenyum sendiri

Kekadang buatkan aku tersenyum sendirian bila mengenangkan tingkah laku Puteri Kesayangan Aina Aleesya yang semakin meningkat perkembangannya. Sekarang dia suka tersenyum dan senget kan kepala melihat wajah kita. Tuhan je yang tahu bertapa cute nyer dia wat cam tuh... bila mama teringat balik boleh buat mama ketawa sendiri. Terasa rapat yang lain macam mungkin hasil kita menyusukan nya dengan susu ibu. Syukur kepada illahi kerana diberikan rezeki menyusukan anak sendiri.

Mula nak berkata-kata

Aina Aleesya, 10 bulan nie dah mula mengungapkan perkataan yang sikit-sikit boleh faham la...antara nye

alif ba ta
dat dat
allah
TIP KEIBUPAAN 46: JADILAH IBU BAPA YANG GEMBIRA
Salam,

Minda saya kembali aktif setelah mengendalikan dari program Asuh Fitrah-Memupuk Potensi Anak Ahad lepas. Alhamdulillah dengan peluang yang diberi. Mengendalikan Asuh fitrah sebenarnya muhasabah selain daripada perkongsian yang sangat bermakna bagi diri saya.

Asuh fitrah banyak mematangkan dan mengajar saya erti perjuangan . Minda saya masih terbayang muka ibu bapa muda yang hadir pada program itu. Sesuatu pada diri mereka yang mengingatkan ketika saya bergelar ibu muda.

Kalau saya boleh berkongsi sedikit, saya dapati golongan ibu bapa muda memerlukan perkongsian ikhlas pengalaman kita yang lebih berusia. Mereka memerlukan sentuhan sebenar perjalanan suka duka kita sebagai ibu atau bapa. Kita semua sama saja, mengharungi cabaran sebagai ibu bapa dengan belajar dan belajar dan belajar (learn, unlearn and relearn) . Dan kita masih membuat kesilapan dan menjadikan masalah sebagai peluang kita untuk belajar dan lebih mengenali diri. Tapi apa yang penting kita harus terus berkongsi bagi mendidik antara satu sama lain dan mendidik masyarakat. Itulah perjuangan.

Anak adalah anugerah yang tidak terhingga kepada kita. Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak dan memang sedia berkorban apa sahaja. Dalam merealisasikan impian murni ini kita kadang-kadang terperangkap dalam kitaran hidup yang rutin dan memenatkan

Kita alpa sedikit keperluan diri kita. Kita juga lupa “ to have fun” . Tanpa kita sedari kadang-kadang kita tersedut masuk ke lubuk pusaran hidup yang mula menjadi ganas.

Saya dapati ibu-ibu selalunya jauh lebih mudah terperangkap berbanding golongan bapa. Mungkin saya mengaitkan diri dengan suami saya yang lebih simple cara hidupnya dan “a kampung boy”. Atau kadang-kadang saya menjadi mangsa stigma masyarakat yang mengharapkan saya berkorban dan melakukan semua seperti istilah “superwoman”.

Dalam hidup ini kita perlu mencari keseimbangan dan menuju kematangan. Kehadiran seorang anak sebenarnya menyediakan lebih ruang untuk diri kita mencari keseimbangan, bergembira dan menjadi lebih matang. Dalam lain perkataan kita juga membesar bersama anak-anak. Mengasuh anak-anak seharusnya sesuatu yang menyeronokkan dan kita masih boleh melakukan apa yang dahulunya menjadi kegemaran atau hobi kita. Malah dengan kehadiran anak-anak ia jauh lebih mudah dan seronok.
( Ya, betul. Mengapa tak percaya…. )

Cuma kita perlu lebih kreatif melayari kehidupan dalam institusi keluarga dengan sumber manusia yang ada iaitu kita suami isteri dan anak-anak yang mewarnai kehidupan dengan pelbagai corak setiap hari.

Stres kerja rumah, pejabat dan kerja dakwah boleh diatasi bersama keluarga. Antara yang boleh kita lakukan adalah:-

1. Bermain –Fitrah anak belajar melalui bermain. Kita juga perlu bermain dengan anak-anak bagi mengisi masa berkualiti. Anak akan merasai di sayangi, dihargai dan gembira. Kerinduan anak kepada kita juga terubat.

Kita juga perlu bermain bagi mengubat rindu, memberi dan menerima kasih sayang anak dan menghilangkan stress.

Bermain apa sahaja permainan dalam atau luar rumah yang sesuai dengan tahap anak, masa dan persekitaran. Permainan tradisi jangan dilupakan.

Aktiviti luar yang agak fizikal dan lasak juga baik selepas balik kerja. Berlari bersama anak kecil misalnya sangat menggembirakan dan dapat mengeluarkan peluh dan toksin.

Kita akan rasa lebih bertenaga menjalankan kerja-kerja rumah selepas itu. Emosi anak akan lebih stabil dan kita dapat menyiapkan kerja dengan lebih tenang. Anak dan kita akan tidur dengan lebih lena dan bangun lebih segar untuk memulakan hari esok.

2. Aktiviti bersama alam

Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk anak memelihara alam.

Nature walk dengan anak. Boleh guna deria untuk merasai kehadiran Allah SWT. Mungkin boleh bawa balik apa-apa untuk letak di sudut alam dalam atau luar rumah. Kanak-kanak seronok dan mereka belajar secara natural.

Bagi saya berjalan di tepi pantai, mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium keluarga dan duduk di atas buai di bawah pokok mangga rumah kami sambil melihat kehijauan taman kecil ciptaan kami sekeluarga antara aktiviti alam yang cukup mendamaikan.

Saya juga suka memandu sambil melihat alam sekeliling dengan alunan Al-quran, nasyid, zikir.


3. Memelihara binatang

Kanak-kanak biasanya sangat sukakan binatang. Hobi memelihara haiwan peliharaan menyeronokkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia juga membantu menyemai sikap tanggungjawab anak menjaga kebajikan haiwan yang mereka sayangi.

Bagi saya melihat ikan-ikan berenang di dalam akuarium kecil rumah kami sambil menghirup secawan kopi adalah satu masa istimewa setiap hari.

4. Aktiviti kreatif

Mewarna, melukis, menconteng, menampal, kolaj, membuat kraf, bermain doh dan apa sahaja aktiviti kreatif. Yang penting aktiviti dilakukan dengan bebas mengikut kreativiti masing-masing.

5. Bercerita/berbual

Cerita dan berbual apa saja dan di mana sahaja. Sambil bergolek-golek di atas katil misalnya. Bukan sahaja anak kecil malah anak remaja saya masih suka aktiviti begini.

6. Nyanyian dan pergerakan kreatif

Anak kecil suka dinyanyikan. Menyanyi bersama juga aktiviti yang menyeronokkan. Boleh saja menari atau mengayakan apa sahaja pergerakan mengikut alunan lagu atau muzik. Seperti permainan tradisi, nyanyian tradisi jangan dilupakan.

7. Rehlah keluarga

Berkelah, balik kampung, berjalan malah shopping juga merehatkan minda.


8. Rutin Harian seperti memasak dan mengemas boleh menjadi seronok sekiranya kita kreatif. Libatkan seisi keluarga. Baru-baru ini buat pancake bersama anak saya Izzuddin 8 tahun. Saya hanya membimbing. Anak lebih seronok membancuh dan memasak dengan pengawasan penggunaan dapur.

9. Hobi.

Apa sahaja hobi. Saya masih lagi menjahit kadang-kadang. Menjahit berupaya menenangkan fikiran saya.

10. Recharge. Take time out.

Ya. Ambil masa untuk diri dan pasangan. Kita masih perlu masa sendiri dan bersama pasangan.

Sulami lah kehidupan dengan aktiviti-aktiviti yang seronok, menenangkan, menyihatkan dan lebih bermakna bersama keluarga. Saya namakan ini masa berkualiti. Hargailah apa yang kita ada.

Manfaatkan alam dan kehidupan yang indah ini. Moga kita kembali fokus dan bertenaga. Amin.

31 Mac

Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

PANDUAN MENGAJAR


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

Pengaruh dan Peranan Televisyen dalam Pendidikan Anak-Anak

Dulu, saya tak ingat bila, saya bershopping di Tesco dan terjumpa buku Peter and Jane. Saya belek dan dapati ianya menarik juga untuk kanak-kanak baru mengenal huruf. Saya pun beli buku '1a' dan buku '1b' memandangkan anak saya ABC pun pada waktu itu baru dapat menghafalnya sampai habis.
Untuk pengetahuan, saya tak mengajarnya ABC, dia yang menghafal dan mengenalnya sendiri melalui Video CD yang dilihatnya setiap hari (VCD Barney n Friends dan lain-lain). Cuma saya selalu ikut menyanyi lagu ABCnya kalau dia menyanyikannya ketika bermain bersama. Yang menyeronokkan saya, pada suatu hari anak saya sedang membelek buku Peter n Jane unit ’Ia’ dan membacanya dengan lancar!

Alhamdulillah, dia dah boleh baca buku Peter n Jane unit asasnya iaitu '1a' sampai habis. Unit ‘1b’ pun boleh tapi agak tersekat di tengah buku kerana ianya sudah bermula perkataan yang panjang dan agak susah. Yang boleh saya kongsikan adalah, saya belikan VCD lagu mengenal huruf kaedah phonic untuk ditontonnya. VCD ni tak dapat di kedai jual CD/VCD biasa. Terbitan Al Amin Serve. Ada banyak VCDnya. Tapi saya cuma beli unit asas. Saya juga membeli set VCD readeasy phonics dengan set 6 bukunya yang harga tak sampai RM50.

Apa yang ada ditonton di VCD dan apa yang di dalam buku adalah sama gambar dan hurufnya menyebabkan anak saya suka menyelak buku dan membacanya. Kita juga perlu rajin kalau pergi mana-mana tu contohnya selepas anak saya sudah mengenal huruf, jika saya memandu dan nampak signboard TESCO, saya akan tunjuk dan tanya dia huruf apa yang ada dan apa bunyinya dalam perkataan tersebut. Kalau nampak perkataan yang mudah dalam title akhbar yang tulis besar-besar yang sedang kita baca, kongsikan dengan dia. Apa pun, saya rasa bersyukur menjadi ibu zaman sekarang.. Ajar anak pakai TV dan radio paling banyak.

Dari mengenal ABC sampailah dia boleh membaca. Boleh disimpulkan TV dan radio ni pembantu peribadi sayalah. Bukan sahaja mengajar anak saya membaca Quran sebelum umur 3 tahun, malah membaca bahasa Inggeris juga. TV memang boleh menjadi pembantu ibu bapa yang baik sebagaimana dia boleh menjadi musuh ibubapa yang teruk kerana boleh memasukkan unsur negatif pada anak kita. Terpulang kepada cara kita menggunakannya. Pernah saya lihat di kedai barangan runcit di sebuah stesen mengisi minyak seorang kanak-kanak menangis menjerit mahu ibunya membelikan 'sesuatu' yang selalu diiklankan di TV.

Anak saya yang berumur 3 tahun pula cuma melihat dan bertanya 'What is in that thing mama?' Anak saya tak tahu pun makanan itu adalah junk food yang di sukai kanak-kanak zaman sekarang kerana tak pernah melihatnya di TV seperti kanak-kanak lain. Bukankah ini buktinya TV boleh menyusahkan diri kita sendiri bila anak-anak jadi begitu? Seperti yang telah saya perkatakan dibawah, saya akan mendedahkan anak-anak saya pada dunia sebenar televisyen.

Tetapi setelah roh al quran di serapkan dalam hati mereka. Maka dengan itu fokus saya adalah untuk pendidikan alqurannya. Mudah-mudahan anak sulung saya dapat menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 4 tahun. Bila otaknya sudah terlatih, saya yakin pelajaran duniawi akan menyusul mudah sahaja untuk dia samada membaca Bahasa Inggeris, Malaysia, Matematik, Sains dan lain-lain.

Erti kejayaan

Saya percaya, ramai orang bersetuju bahawa maksud kejayaan itu adalah subjektif. Sebagai ibubapa, kita lah yang menetapkan garis ukur kejayaan untuk anak kita. Apakah erti kejayaan untuk anak anda?

Ada orang menilai kejayaan anak dari sudut pencapaian akademiknya.

Ada juga yang meletakkan anak itu berjaya bila ia berjaya mengumpul harta yang banyak, ada kereta besar dan ada rumah besar.

Mengapa erti kejayaan ini sangat penting?

Apabila kita rasakan bahawa kecemerlangan akademik adalah kejayaan buat anak kita, maka kita akan tumpukan usaha pada akademiknya. Hantar ke sekolah yang bagus. Hantar ke kelas tuisyen dsb.

Apabila kita meletakkan kejayaan itu pada harta, maka kita akan usahakan supaya anak kita untuk mempunyai pendapatan tetap, ada kerjaya yang baik, ada ijazah keleas pertama supaya dapat mohon kerja yang bagus dsb.

Ya, erti kejayaan yang kita cipta akan memberi kesan terhadap apakah yang akan kita usahakan untuk anak kita sepanjang mendidiknya.

Jadi, apakah erti kejayaan yang sebenar untuk anak kita?

Kejayaan yang hakiki, ialah apabila anak kita dapat taat perintah Allah swt dan dapat amal cara hidup Rasulullah saw dalam setiap yang dilakukan dalam kehidupannya.

Sekiranya dia seorang yang cemerlang akademiknya, dia adalah seorang pelajar genius yang taat kepada Allah dan RasulNya.

Sekiranya dia seorang doktor, dia adalah seorang doktor yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Sekiranya dia seorang businessman, dia adalah seorang businessman yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Hasilnya…

Seorang pelajar yang beriman pada Allah dan Rasulnya akan yakin bahawa kejayaan yanga da padanya bukan datang dari kepandaian dirinya, tetapi ia datang daripada Allah. Dengan ilmu yang dia ada, dia akan gunakan dan amalkan mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah swt dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Seorang doktor yang beriman akan bekerja dengan ikhlas. Merawat pesakitnya kerana Allah. Mengajak pesakitnya untuk sentiasa dekat kepada Allah yakin kepada kuasa Allah. Hanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakit. Ubat dan doktor tak dapat sembuhkan sebarang penyakit. Maka, nasihatnya pada pesakit adalah supaya menambahkan ibadah dan doa nya agar disembuhkan dari penyakit.

Seorang businessman yang beriman akan menjaga waktu solatnya. Kerana dia yakin, rezeki itu datangnya daripada Allah. Bukan daripada usahanya memajukan perniagaan. Dia tidak akan memakan riba’ kerana riba’ itu diharamkan oleh Allah dan setiap yang Allah swt haramkan pasti membawa kegagalan. Dia yakin, semakin tinggi ketaatannya pada Allah swt, semakin berjayalah kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Letakkanlah erti kejayaan yang sebenar kepada anak-anak kita, supaya mereka tahu apakah yang lebih utama untuk hidup ini. Walau setinggi mana pun ijazah yang kita perolehi, walau setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, walau sebanyak mana pun harta yang kita dapat kumpul, Allah swt tidak pernah akan tanya semua itu apabila kita tiba di akhirat nanti.

Allah swt hanya akan tanya kita, tentang IMAN dan AMAL yang telah kita usahakan di dunia ini. Kedua perkara ini jugalah yang akan menentukan kejayaan abadi buat kita, samada ditempatkan di syurga mahupun di neraka.
Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..Amin




Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

Surah Yasin ayat 72-73


Cth jadual pemakanan BF mom dari blog Laman Susuanku (Credit to Faiza)

Jam 7.30 am : supplement, susu segar + roti planta @ roti sweetie @ cococruch/honeystar+susu segar

Jam 10.00 am : susu segar + buah epal @ roti planta, jamu

Jam 12.00-12.30 pm : Makan Tghari + 2 biji prune

Jam 3.00 - 4.00 pm : Horlick cereal @ horlick kosong + biskut jagung

Jam 6.00-6.30 pm : supplement, Makan Malam + sebiji epal merah

Jam 8.00-9.00 pm : Milo/Horlick cereal + roti sweetie, supplement

AIR MASAK mesti minum lebih 1 liter



Alhamdulillah AINA genap 6 bln exclusive breastfeeding & fully breastfeeding hingga 8 bulan (belum rasa minum FM lagi..huhuhu)


Sebagai renungan perjlnn turun naik hasil tenusu ku utk target seterusnya > sampai umo Aina 10 bulan :

STOK YANG ADA SEKARANG : 15 BAG (120 OZ)(29 MAC)
SEHARI GUNA : 32 OZ

30 MAC = 32 oZ balance 88 oZ
31 MAC = 32 oZ balance 56 oZ
1 April= 32 oZ balance 24 oZ
2 April= 32 oZ balance -8 oZ
3 April= 32 oZ balance -40 oz
4 April= 32 oZ balance -72 oZ
5 April= 32 oZ balance -104 oZ
6 April= 32 oZ balance -136 oZ
7 April= 32 oZ balance -168 oZ
8 April= 32 oZ balance -200 oZ
9 April= 32 oZ balance -232 oZ
10 April= 32 oZ balance -264 oZ

APRIL
MEI

Dah besar anak Mama

Berlapok dah blog aina mama sorang nie tak ter' update. Banyak bende nak cerita pasal perkembangan aina tapi tak sempat sebab mama dia sibuk or buat-buat sibuk



 

Aina Aleesya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez