Permata

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Cirit Birit & Muntah2


Cian cayang mama pagi nie..muntah2 n cirit birit kul pulak dari 1-4 pagi
Tapi tido siap senyum ......masa nie dah lega2 sebab dah kuar suma...
Aina makan ape sayang siang tadi....Aina Aleesya tabah yerrr...
Mama perati masa balik dari kerja Aina macam kurang bermaya..

Shopping kat SuperMarket

Seronok nyer dia dapat shopping duk lam troli...oTw nak beraya kat damansara umah ofismate husband....singgah sat tesco beli barang kit..
..

Dengan Bear



Dengan bear yang pada mula dia takut...



Tapi See.....siap posing maut lagi......

Bila perati ari2 tau dah kenapa dia takut dengan patung rupanyer..MIL tu bila nampak patung dia akan kate " Namti dia gigit kang' maka terjawap la kenapa Aina Aleesya takut menangis dan lari bila nampak patung cth bear etc - Tapi mama dah berjaya familiar kan balik dia dengan patung see sekarang nie dia dah tak takut dah BEAR - Siap nak buat operation lagi kat bear tuh...huhu,.

Sonok dengan Bendera MERDEKA nyer

Memang suka sangat main dengan bendera - dikibar-kibar tanpa henti satu lagi kalau dah dapat remote TV kat tangan memang dia tak akan lepas ---setelah screen tv kaler biru baru dia serah balik kat kite suh betulkan chanel astro tuh....

Terujanyer...

terujanyer....
Lama betul tidak menulis di blog nie, banyak sebenarnya hendak dikongsikan tetapi disebabkan ketiadaan mood menulis menyebabkan hasrat tergendala.

Banyak perubahan yang telah berlaku terutama pada perkembangan diri aku yang dah masuk penghujung trimester ke- 2, kadar penyusuan Aina Aleesya, keletah Aina Aleesya perkembangan yang sentiasa ada sahaja akal yang dia nak dibuat. Biasalah budak yang tengah membesar sentiasa ingin explore mende-mende baru menyebabkan kita kadang-kadang rasa kagum rasa kebesaran Allah tuh Wah...cukup kita rasa Ya Allah bersyukurnya dengan nikmat yang Allah kurniakan kat kita berbanding dengan orang lain.

Melihat perkembangan anak yang meningkat 14 bulan, cukup teruja dan tak sabar meniti hari dengan perubahan dan keletah2 anak Al maklum la anak baru sorang . W/pun Keadaan aku yang agak teruk sensitif nyer berbanding masa mengandungkan Aina Aleesya dulu, sekarang nie kandungan telah dah masuk 6 bulan,sepatutnya aku dah senang tiada alahan tetapi sehingga sekarang masih mengalaminya, kadang2 menyekat kerja2 aku,apa yang ketara aku sentiasa murung --- mujurlah ada suami yang memahami dan banyak membantu selama ini.

Betul lah kata orang setiap anak tuh tak sama. Itulah yang aku alami sekarang. Apa pun aku tetap bersyukur.

Sekarang berat mama pun dah mencapai 71 Kg dari 63Kg penyusuan Aina tidak sekerap semasa sebelum-sebelum nie, alhamdullilah dia telah di berikan susu soya sebagai tambahan makanan pelengkap zat yang diperlukan. Cuma yang menyedihkan hasrat aku untuk tidak memperkenalkan garam dan gula kepada Aina Aleesya amat mengecewakan dan tidak mendapat sambutan dan kerjasama. Mungkin ketidakfahaman tentang kaedah pemakanan baby - my MIL - (malas nak kecik kan hati dia) so setakat nie aku buat diam nak buat cam ner. Aina Aleesya dah tak mengikut cara pemakanan yang aku inginkan. Sabar jer la midah...
 

Aina Aleesya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez